Berita Hari INi
-
UFO muncul di Damansara - KUALA LUMPUR – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa muncul ketika hujan renyai di ruang udara kawasan perumahan di Damansara Damai, Petaling J...6 min yang lalu
-
Rupa-rupanya tak boleh jawatan CEO parti dikhianati - Petikkan berita daripada Malaysiakini.com adalah dirujuk. Berita berkenaan mengatakan; *Pejabat menteri besar Selangor mengesahkan bahawa bekas setiausaha ...6 beberapa jam yang lalu
-
Najib aims to achieve not less than 6pc growth for Malaysia this year - PRIME Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is targeting to achieve not less than 6 per cent economic growth for this year.6 beberapa jam yang lalu
-
Tee Keat umum pertahan jawatan presiden - Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan beliau akan bertanding mempertahankan jawatannya sebagai presiden MCA dalam pemilihan parti itu 28 Mac depan.B...7 beberapa jam yang lalu
-
Brahim Ali Perkasa Pernah Kerja Dengan Tokeh Judi Nama Vincent Tan - NOTA EDITOR: Kepada penyokong-penyokong PERKASA, berhentilah kena tipu. Si Brahim ni orang yang tak boleh dipercayai. Dulu maki UMNO habisan, lepas tu dia ...22 beberapa jam yang lalu
-
SN211 - TAAT YANG MEMBAWA AZAB - *PDF* SN Keluaran 12 Mac 2010 [image: alt] * TAAT YANG MEMBAWA AZAB* *[SN211] *Buat seketika UMNO dapat menarik nafas lega dengan perkembangan yang memi...3 beberapa hari yang lalu
-
Shidee, mentua damai - KUALA LUMPUR: “Marah saya sekejap saja dan saya bersedia memaafkan mereka,” kata Jamaliah Hasan, ibu mentua Shidee yang sebelum ini enggan merestui perkahw...1 minggu yang lalu
Selamat Menyambut Maulidur Rasul ..1431H
>> Jumaat, 2010 Februari 26
Nabi berketurunan terpuji, mulia
NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab.
Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.
Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.
Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."
Ahli hadis berpendapat, mafhum hadis itu ialah Rasulullah SAW berasal daripada keturunan yang terpuji dan mulia, sama ada di sebelah ibu atau bapa Baginda.
Ibu bapa Aminah, Wahb dan Barrah daripada keturunan terkenal ketika itu. Moyang beliau berketurunan daripada Bani Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Ada riwayat mengatakan mereka berasal daripada keturunan Abdul Manaf bin Quraisy bin Kilab.
Ayahanda Baginda iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib adalah pemuda berbangsa Quraisy yang berbudi pekerti mulia. Bagaimanapun, Baginda tidak sempat menemui ayahandanya kerana Abdullah meninggal dunia ketika Baginda masih dalam kandungan.
Rasulullah SAW dilahirkan di rumah bapa saudaranya, Abu Talib Bin Abdul Mutalib, pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.
Beberapa minggu menjelang kelahiran Nabi Muhammad, kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah, pemerintah Yaman, yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah. Bagaimanapun, sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu, Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Fil.
Justeru, saat kelahiran Baginda itu juga dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap kota Makkah.
Selepas dilahirkan, bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik. Oleh itu, Aminah menyerah Baginda kepada Suwaibah al-Aslamiah untuk disusukan. Selepas itu, Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'diah, wanita Bani Sa'ad bin Bakr, untuk disusukan.
Nabi Muhammad SAW hanya dikembalikan kepada Aminah selepas berusia lima tahun. Selepas itu, Aminah bersama Rasulullah berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya, Abdullah.
Dalam perjalanan pulang dari Madinah, iaitu di satu dusun bernama Abwa, Aminah kembali ke Rahmatullah. Sebagai anak yatim, Rasulullah SAW hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abu Talib. Abu Talib, seorang pedagang, sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.
Sebagai seorang insan terpilih, Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.
Baginda mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah al-Khuwailid.
Nabi Muhammad adalah rasul yang mempunyai darjat yang mulia di sisi Allah. Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Baginda kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, ketika berusia 63 tahun.



